apa itu sistem

saya suka bagi tahu dekat orang yang ingin belajar buat sistem dengan saya mengunakan php, matlamat dari sistem yang dibina adalah kita dapat selesaikan masalah orang. kalau kita buat sistem tapi masalah masih tidak selesai, orang tidak akan guna sistem yang kita bina.

jadi sistem bukan sahaja melibatkan perisian, ada kalanya melibatkan perkakasan yang mungkin canggih sikit. antara perkakasan yang canggih yang pernah saya uruskan adalah scanner barcode juga scanner besar yang boleh scan borang sampai 50 set borang.

tapi sama ada dia memudahkan prosesan tu tak pasti sebab dalam perangkaan dia orang tak ambil kira bagaimana borang itu berada daripada kilang kertas kepada unit operasi luar kepada responden kepada akauntan kepada unit operasi luar kepada kawalan kepada unit prosesan kepada unit rangka.

saya tahu anda mesti pening kepala macam mana borang itu berpindah tangan. itu tak masuk borang hilang di persimpangan delima hehehe. jadi dalam bab permulaan ini saya ingin menerangkan anda semua kepentingan anak kunci utama atau primary key.

dalam perangkaan banci atau penyiasatan berasaskan ekonomi kita akan menggunakan 4 anak kunci utama iaitu no_daftar, kod_penyiasatan, kod_establiment dan region. no_daftar ada 12 aksara, kod_penyiasatan ada 2 aksara, kod_establiment ada 3 aksara dan region ada 1 aksara. jadi kesemuanya ada 18 aksara yang dipanggil fid_pertubuhan.  jadi dalam perangkaan satu syarikat boleh ada 2 fid_pertubuhan. oleh kerana itu kalau anda semua perasan untuk penyiasatan ekonomi tahunan ada soalan akan tanya apakah aktiviti utama pertubuhan tuan?.

jadi jika aktiviti pertubuhan tersebut ada dua iaitu pembuatan dan perdagangan edaran, yang dikira sebagai aktiviti utama adalah yang mana mendatangkan hasil yang lebih tinggi. atas maksud itu kena faham apa yang dipanggil pembuatan dan perdagangan edaran. ada kalanya pertubuhan berikut mungkin akan terima dua borang.

masalah yang selalu saya hadapi jika pertubuhan bertukar no_daftar dari rob kepada roc dan juga bertukar perniagaan dan juga bertukar alamat. jadi hanya bahagian unit rangka yang berhak ubah status satu-satu pertubuhan, tapi malangnya kena rujuk 2 jenis borang iaitu F2 dan juga borang kaji selidik.

ada kalanya macam ada kerja 2 kali, satu masuk dalam kawalan, satu lagi masuk dalam sidapsisfor. kena pulak sidapsisfor kurang mesra pengguna. jadi kalau anda sebagai pembuat sistem anda kena fahami dulu macam mana borang tu diisi dan dipindahkan dari satu tangan ke tangan lain. mungkin persoalan yang akan ditanya apa data yang perlu dimasukkan?

kalau dah ada contoh F2 sewajarnya apa yang ada dekat borang wajib ada kat sistem namun tidak semua yang kita harapkan ada. nak buat catatan pun terhad pada hal dalam F2 tulis macam-macam.

apa pun benda ini akan bersambung. ni baru cerita pasal fid_pertubuhan,F2 dan borang soal selidik.