tersirat di sebalik tersurat

saya masih ingat lagi ketika belajar bahasa melayu dan inggeris, kita akan diberi latihan memahami petikan lalu kena bagi ringkasan yang tersurat dan yang tersirat. kalau tersurat kita boleh dapat dari petikan tapi kalau tersirat???

ada kalanya aku terfikir mungkin yang kita fikir tersirat bukannya jawapan yang cikgu kita hendak bukan? tapi akan tetapi kebanyakan kita keluarkan isi tersirat itu sebijik dengan apa yang cikgu kita hendak. saya sampai sekarang masih terfikir-fikir macam mana boleh sama hehehe

jadi atas maksud itu, saya ingin memberi anda satu cerita dan bagi saya apa maksud tersirat yang ada dekat kepala saya. kalau sesiapa yang berjaya teka akan dapat hadiah. nanti saya bagi semasa raya nanti tapi kena datang rumah saya laa hahaha. ceritanya macam ini.

anda dah jadi Perdana Menteri selama 20 tahun dan sudah 4 penggal memegang tampok kepimpinan negara. sampai masa nak serah dekat orang lain. lagipun hutang negara baru selesai dilunaskan. jadi anda sudah kurangkan beban kepada orang lain untuk fikir pasal hutang negara.

akan tetapi ada seseorang telah mengucar-kacir negara anda. orang lain pulak syorkan kat anda buat pinjaman kat agensi antarabangsa. bukan anda tidak hendak pinjam, memandangkan anda lihat negara jiran anda jadi kucar-kacir selepas pinjam kat agensi antarabangsa membuatkan anda fikir banyak kali.

tiba-tiba orang lain ini dah berada diluar negara bersedia nak tandatangani pinjaman dengan agensi antarabangsa tadi. dari sumber risikan anda, rupanya orang lain ini ada kepentingan dengan orang dalaman agensi antarabangsa tadi. jadi anda perlu buat keputusan segera macam mana nak elak dari meminjam dengan agensi tersebut.

mestipun anda tahu ada 2 orang suami isteri yang kreatif dan inovatif yang anda rasa dapat bagi idea hendak atasi masalah tersebut. namun macam mana hendak buat satu cerita yang mana dia adalah persamaan dengan orang lain tersebut tanpa 2 orang ini tahu yang anda cerita pasal orang lain ini.

memandangkan masa tidak cukup hendak buat satu cerita, terpaksa anda serahkan kepada anak buah anda atasi masalah tersebut. caranya adalah dengan memfitnah orang lain tersebut dengan pembuatan menyalahi adat negara anda serta agama rasmi negara anda.

jadi dengan itu anda boleh memecat orang lain tersebut aras sebab skandal tersebut. mungkin anda terfikir macam tidak patut buat namun atas keselamatan negara, anda terpaksa lakukan. baru habis langsaikan hutang, hendak hutang lagi??? tidak sama sekali. itu belum lagi ada maklumat lain tentang orang lain tersebut yang anda rasa mampu mengugat keselamatan negara.

baiklah tamat di situ ceritanya. jadi adalah dibolehkan kita jatuhkan seseorang atas sebab keselamatan negara??? apa pandangan anda? anda rasa saya cerita pasal siapa? siapakah 2 orang suami isteri yang kreatif dan inovatif tersebut?

anda boleh baca cerita kematian sahabat nabi iaitu saitdatina usman dan saitdatina ali dan bandingkan dengan cerita di atas. anda juga boleh baca cerita di kalbala serta fahami keadaan sebenarnya. rasanya ada cerita di halaman http://drmaza.com/ tentang kalbala ini.

ikutkan semasa orang lain itu dipecat, saya ada satu persoalan bermain di kepala, dia dituduh atas fitnah yang dibuat atau rasuah sebab kes fitnah tersebut. kenapa perlu bicara di mahkamah sivil bukannya syariah. jadi masa itu maklumat jadi huru-hara. tiada pasti mana satu betul. kena pulak masa itu blog masih belum wujud. jadi saya masih di persimpangan delima.

secara peribadi saya tiadalah suka sangat dekat orang lain itu sebab suka sangat buat huru-hara. apabila saya membaca di http://saifulislam.com/?p=3543, terdapat satu ayat yang diungkapkan di sini

“Jangan sampai jadi macam Anuar Saddat!”, katanya, merujuk kepada bekas Presiden Mesir yang muncul dari khemah al-Ikhwan al-Muslimun tetapi bertukar menjadi musuh paling keras dan kejam terhadap Ikhwan.

ikutkan banyak yang tersirat dalam cerita di atas. agak sukar nak mengenal pasti siapa yang betul siapa yang salah. adalah wajib menjatuhkan seseorang atas sebab keselamatan negara masih dalam keadaan samar-samar.

maaflah kalau cerita ini ada kaitan dengan james bond sikit sebab saya minat tentang cerita risikan ini. dekat malaysia ini sukar sikitlah hendak buat cerita pasal ini walaupun atas nama rekaan sahaja.

namun jika ada peluang …