kenapa Allah turunkan hujan pada awal ramadhan?

Posted on Ogos 22nd, 2009 in Uncategorized by Amin007

masa aku kecil-kecil dahulu, tak pernah terjadi hujan turun pada awal-awal ramadhan. kalau tak tentu budak-budak sebaya aku suka sangat.

tapi sejak 2-3 tahun ni hujan kebanyakan turun pada awal ramadhan. mungkin ada sebab tertentu yang Allah buat keputusan nak turunkan hujan???

apa itu bank masa depan

Posted on Ogos 22nd, 2009 in Ekonomi by Amin007

di zaman nabi dulu orang selalu simpan kat baginda samaada barang-barang ataupun duit. di kalangan sahabat pun ada seorang yang menjadi tumpuan orang untuk buat simpanan duit-duit mereka. jadi dari zaman dahulu pun konsep simpan barang berharga pun diamalkan, tapi masa tu orang sebagai sandaran.

namun kini bank pulak ambil alih tugas orang tadi sebagai pemegang amanah. sekarang kita lihat bermacam traksaksi duit yang kita boleh buat menerusi atas talian sahaja. namun jangan lupa jasa pejabat pos yang fungsinya hampir sama macam bank walaupun tugas utamanya hantar surat.

jadi bagi aku apa itu bank masa depan adalah bermaksud tempat penyimpanan duit yang mana kita boleh lakukan aktiviti jualbeli secara online tanpa pegang duit lagi :D

segalanya bermula di sini

Posted on Ogos 22nd, 2009 in Uncategorized by Amin007

ikutkan aku ni jenis yang tahan pengaruh dari sesiapa pun. aku tak kan mudah terima pendapat orang melainkan ianya lepas dalam sistem logik yang aku bina sendiri dalam hidup ni

tu pasal tabligh memberi impak yang besar dalam hidup aku sebabnya dia melepasi sistem logik aku. lagipun aku ingin mencari persatuan yang suka berjalan dan yang kuat beragama islam serta suka kat masjid. tabligh adalah memenuhi keperluan aku ni terutama bab berjalan-jalan.

tapi ada satu isu yang aku tengok masih orang melayu terpengaruh iaitu rokok, tak kisah sama ada orang masjid, orang kampung, orang bandar hatta juga tabligh tak terlepas dari masalah rokok. susah nak hilang rasa gian rokok pada dia orang.

mahu tak mahu aku kena juga bercampur dengan dia orang yang hisap rokok. mak aku marah aku teruk-teruk pasal baju aku penuh dengan bau asap rokok, sedih rasa di hati walaupun tak hisap rokok tapi kena marah.

tu belum pasal judi lagi termasuk nombor ekor, daut terup, lumba kuda, laga ayam dan sebagainya. aku dulu pun pernah juga nak belajar tanpa guna duit main terop. antara permainannya poker, 5 street, dan sebagainya. siap beli daun terup semata-mata nak belajar main. sekarang dah lupa mana letak.

namun aku terfikir bilalah orang melayu akan berhenti hisap rokok dan main judi??? rasanya kalau orang melayu berhenti kan, kesannya

  1. budak-budak lelaki akan lagi lebih pandai
  2. budak-budak lelaki ramai yang masuk universiti
  3. budak-budak lelaki ramai yang jadi saintis, doktor, peguam

lepas tu barulah budak-budak lelaki melayu tawan hati budak perempuan cina dan islamkan dia orang. kena pulak orang melayu masa tu digalakkan kawan ramai-ramai. masa tu poligami perempuan islam amat suka :D tak tentang seperti yang ada sekarang. jadi ada 4 orang isteri, 2 melayu, 1 cina. sorang lagi tengah mencari.

lepas tu orang melayu tawan ekonomi dunia. serta tawan majlis peguam. silap gaya buat undang-undang hudud yang mana tak nampak macam undang-undang hudud tapi sebenarnya undang-undang hudud. macam mana tu amin

senang aje. kalau mencuri lebih 100,000. kena potong tangan. tak kira siapa pun yang mencuri sama ada rakyat malaysia atau tidak. merompak pulak kena potong tangan dan kaki bersilang. dalam bab jinayat kan ada tulis apa syarat-syarat kena potong tangan. kalau mencuri pasal lapar, tak potong tangan. ala ko oran study laa dulu.

namun jika ada peluang …

apa itu sistem

Posted on Ogos 18th, 2009 in Ekonomi by Amin007

saya suka bagi tahu dekat orang yang ingin belajar buat sistem dengan saya mengunakan php, matlamat dari sistem yang dibina adalah kita dapat selesaikan masalah orang. kalau kita buat sistem tapi masalah masih tidak selesai, orang tidak akan guna sistem yang kita bina.

google bukan jawapannya

Posted on Ogos 15th, 2009 in Uncategorized by Amin007

ada kalanya hidup ni penuh dengan masalahnya. terkadang kala daku mencari di google namun hampa tiada terjumpa jawapan yang ingin dicari.

sudah dicari macam-macam kata kunci namun daku sering jumpa dalam forum hasil dari pencarianku di google yang mengatakan dalam google ada jawapannya

tapi daku berharap akan ada blog yang memberi jawapan percuma terhadap pencarianku juga rakan-rakan dalam forum yang sudi membantu daku mencari jawapan yang pasti.

p/s tertekan dengan masalah pemacu mudahalih usb (pendrive laa) yang boleh baca sahaja, tulis tak boleh. gila aku dibuatnya

pergi tak kembali lagi

Posted on Ogos 15th, 2009 in Uncategorized by Amin007

adapun ini antara lagu nasyid yang saya suka kerana ingatkan saya tentang mati. tapi dari apa  yang  terperasan tahun ini ramai artis yang mati. tu tak termasuk pesakit H1N1. namun …

tersirat di sebalik tersurat

Posted on Ogos 11th, 2009 in 1Malaysia,Agama,Bahasa by Amin007

saya masih ingat lagi ketika belajar bahasa melayu dan inggeris, kita akan diberi latihan memahami petikan lalu kena bagi ringkasan yang tersurat dan yang tersirat. kalau tersurat kita boleh dapat dari petikan tapi kalau tersirat???

ada kalanya aku terfikir mungkin yang kita fikir tersirat bukannya jawapan yang cikgu kita hendak bukan? tapi akan tetapi kebanyakan kita keluarkan isi tersirat itu sebijik dengan apa yang cikgu kita hendak. saya sampai sekarang masih terfikir-fikir macam mana boleh sama hehehe

jadi atas maksud itu, saya ingin memberi anda satu cerita dan bagi saya apa maksud tersirat yang ada dekat kepala saya. kalau sesiapa yang berjaya teka akan dapat hadiah. nanti saya bagi semasa raya nanti tapi kena datang rumah saya laa hahaha. ceritanya macam ini.