kenapa harus berhenti disini, banyak sangat halangan ker
Malam ini bukan sebarang malam
malam ini datang selepas siang
malam ini tiada haba dibebaskan
dan tiada cahaya disebarkan
dunia menjadi gelap gelita
Siang ini bukan sebarang siang
siang ini datang selepas malam tadi
siang ini banyak haba dibebaskan
dan banyak cahaya disebarkan
dunia menjadi terang menerangmalam tadi gelap kerna tiada bulan purnama
siang ini terang kerna adalah suria pagi
kalau siang ada malam tiada
kalau malam ada siang tiadaada kalanya di suatu tempat di dunia ini
siang sepanjang hari 24 jam tiada malam
cuba teka di mana ia?
ada kalanya di suatu tempat di dunia ini
malam sepanjang hari 24 jam tiada siang
cuba teka di mana ia?malam dan siang silih berganti
membuat putaran di dunia ini
menjadikan kita tidur di waktu malam
menjadikan kita jaga di waktu siangjikalau tiada malam dan siang
pasti dunia ini akan kiamat
hancur berkecai
syukur pada ilahi
hidupkan kita di dunia nisekian dari saya di sini
berjumpa di lain kali
mungkin di syurga barangkali
ada pun aku ambil sajak ni dari website lama aku di geocities.com. hati ni terasa sedih sebab Yahoo dah berhentikan website ni. bukan apa ni adalah website pertama aku sejak menceburi bidang internet ni. apa pun aku dah salin banyak fail dari website ni
tapi tak apa laa. lagipun dah lama aku pindahkan fail tu ke dalam website rasmi aku http://www.amin007.org. apa pun selagi aku hidup, aku akan cuma kekalkan domain tersebut. taknak fikirkan pasal mati sebab belum sampai masanya lagi.
aku pun baru baca blog terbaru tapi sayang ada yang nak berhentikan penulisan dia. soalan aku,
kenapa harus berhenti disini, banyak sangat halangan ker
apa pun hidup mesti diteruskan
ada kawan aku bertanya “kenapa yer selalunya hari-hari cerah sentiasa, tapi tiba-tiba pulak mendung dan kadang kala tdk keluar guruh?” aku menjawap “ada kalanya mendung disebabkan awan, angin bertiup awan dari satu tempat ketempat lain. namun jangan jupa jasa mentari pagi yang muncul di awal pagi hari. kerana dia kita dapat hujan, pelangi yang indah, angin sepoi bahasa serta awan yang melindungi dari sinaran terik mentari di tengah hari”
dia menjawap “tapi kenapa pelangi lambat tiba. kenapa perlu tunggu hujan datang baru dapat lihat pelangi. kita selalu tunggu pelangi selepas hujan tapi kenapa tak muncul jua. harapan hancur bila cuaca cerah kembali tapi kelibat pelangi lansgung tiada” daku menjawap “ini semua takdir ilahi. jika Dia berkehendak, pasti jadi. jika Dia tak izin, pasti ada yang tersirat di sebalik yang tersurat”
tapi kalau ikut sains, ada sebab kita tak dapat melihat pelangi selepas hujan. aku hanya akan jawap jika PPSMI akan dimansuhkan selepas 3 tahun sebab aku nak jawap dalam bahasa melayu
tapi kalau mansuh tahun depan, aku akan jawap tahun depan laa


on Julai 31st, 2009 at 4:59 pm
ooo…. ingin menunggu pelangi juga ka??? erm… ada maksud tersirat tue dalam ayat tersebut……
apa-apa pun, sokong ppsmi di hapuskan……. hidup BM…. hidup BM
on Ogos 4th, 2009 at 3:24 pm
nak tunggu pelangi kena lepas hujan, tapi kalau hujan di malam hari, macam mana nak nampak pelangi