Bahasa Melayu Tinggi
pada kebiasaannya apabila saya masuk forum atau blog, saya suka guna bahasa melayu penuh. sampai ada orang berkata kepada saya ketika dia melihat saya asyik menulis ayat-ayat pada satu forum komputer “ala guna aje bahasa sms atau shortcut, orang faham laa“.
tapi macam mana pun saya suka tulis penuh takut orang salah mengerti akan maksud saya. ada kalanya saya tegur kepada ahli forum yang tak tulis bahasa melayu atau inggeris sepenuhnya, ada yang suka guna bahasa sms. susah tahu nak fahamkan apa maksudnya. ada kalanya saya tanya apa maksud ayat yang diguna untuk kefahaman walaupun saya tahu maksudnya apa.
kadang kala saya tulis penuh dalam yahoo mesengger juga dalam menulis atau balas sms. secara teori kalau anda pakai internet guna komputer atau laptop, anda tak dikenakan caj bagi setiap perkataan. jadi mengapa perlu hadkan tulisan anda. lagipun sms sekarang dah murah, sewajarnya anda boleh taip penuh dalam telefon bimbit anda tu.
lepas ni nak sahut cabaran Puan Ainon yang kendalikan halaman PTS.com.my untuk gunakan bahasa melayu tinggi dalam penulisan blog. anda rasa adalah blog saya ni boleh dianggap mengunakan bahasa melayu tinggi???
apa pun agak penat juga menaip guna 2 jari sahaja
ingat lepas ni nak belajar kursus menaip pantas. sekadar maklumat, ikutkan DBP ada keluarkan senarai bahasa pendek yang boleh digunakan dalam penulisan ataupun sms. tak pasti pula sama ada Puan Ainon bersetuju dengan bahasa pendek tersebut.
adapun saya dah jumpa satu halaman yang mengunakan bahasa melayu tinggi. ini adalah halaman tersebut, http://www.sangpelangi.com/eksperimen-tatabahasa-melayu-tinggi-berhasil.html
tapi sekarang saya dalam peringkat nak terjemahkan bahasa inggeris berkaitan dengan komputer dengan guna bahasa melayu dalam budaya bangsa kita. ada kalanya saya terjemah terus seperti halaman untuk website, cermin sisi untuk site server dan sebagainya. nanti la akan datang kita bicara soal ni


on Julai 29th, 2009 at 10:46 am
Sebagai pengamal Internet yang berpandangan tinggi, seharusnya memilih untuk menggunakan bahasa melayu penuh.
Ini adalah kerana bahasa tersebut dapat dibaca dan difahami segenap lapisan masyarakat tidak kira tua, muda, kaya, miskin, bijak, bodoh.
Manakala bahasa sms hanya difahami segelintir golongan sahaja.
Maka mana lebih baik, tulisan kita dapat dibaca semua orang atau orang tertentu sahaja ?
Berkenaan dengan terjemahan, aku sarankan terjemah bukan ikut perkataan tetapi ikut makna, budaya dan kefahaman masyarakat melayu.
Contoh paling mudah, ‘jarum jam’ dalam BI adalah hand tetapi kita tidak menggunakan ‘tangan’
‘star fruit’ tidak diterjemahkan sebagai ‘buah bintang’
Dan satu lagi, jangan takut istilah melayu yang panjang kerana masyarakat melayu memang dah terbiasa dengan istilah yang panjang. Contohnya ‘taman permainan kanak-kanak’
on Julai 29th, 2009 at 12:46 pm
yang saya tahu taman bimbingan kanak-kanak ( tabika ) dan juga taman didikan kanak-kanak (tadika )
sebab itu suka suka terjemahkan istilah komputer ikut budaya kefahaman melayu atau persekitaran kita berada. tapi tak pasti sama ada site mirror boleh diterjemah jadi cermin sisi.
kenapa saya nak terjemah jadi cermin sisi kerana konsep dalam site mirror adalah sama dalam konsep cermin sisi. ni kerana kedua-dua benda tersebut ada menggunakan kaedah pantulan.