Bahasa Melayu Tinggi

pada kebiasaannya apabila saya masuk forum atau blog, saya suka guna bahasa melayu penuh. sampai ada orang berkata kepada saya ketika dia melihat saya asyik menulis ayat-ayat pada satu forum komputer “ala guna aje bahasa sms atau shortcut, orang faham laa“.

tapi macam mana pun saya suka tulis penuh takut orang salah mengerti akan maksud saya. ada kalanya saya tegur kepada ahli forum yang tak tulis bahasa melayu atau inggeris sepenuhnya, ada yang suka guna bahasa sms. susah tahu nak fahamkan apa maksudnya. ada kalanya saya tanya apa maksud ayat yang diguna untuk kefahaman walaupun saya tahu maksudnya apa.

kadang kala saya tulis penuh dalam yahoo mesengger juga dalam menulis atau balas sms. secara teori kalau anda pakai internet guna komputer atau laptop, anda tak dikenakan caj bagi setiap perkataan. jadi mengapa perlu hadkan tulisan anda. lagipun sms sekarang dah murah, sewajarnya anda boleh taip penuh dalam telefon bimbit anda tu.

lepas ni nak sahut cabaran Puan Ainon yang kendalikan halaman PTS.com.my untuk gunakan bahasa melayu tinggi dalam penulisan blog. anda rasa adalah blog saya ni boleh dianggap mengunakan bahasa melayu tinggi???

apa pun agak penat juga menaip guna 2 jari sahaja 😀 ingat lepas ni nak belajar kursus menaip pantas. sekadar maklumat, ikutkan DBP ada keluarkan senarai bahasa pendek yang boleh digunakan dalam penulisan ataupun sms. tak pasti pula sama ada Puan Ainon bersetuju dengan bahasa pendek tersebut.

adapun saya dah jumpa satu halaman yang mengunakan bahasa melayu tinggi. ini adalah halaman tersebut, http://www.sangpelangi.com/eksperimen-tatabahasa-melayu-tinggi-berhasil.html

tapi sekarang saya dalam peringkat nak terjemahkan bahasa inggeris berkaitan dengan komputer dengan guna bahasa melayu dalam budaya bangsa kita. ada kalanya saya terjemah terus seperti halaman untuk website, cermin sisi untuk site server dan sebagainya. nanti la akan datang kita bicara soal ni