lelaki melayu terakhir

pada suatu hari sedang daku berkerja, tiba-tiba 2 orang gadis bergosip dengan berkata “orang tu ada ciri-ciri lelaki melayu terakhir”

aku menyampuk dengan berkata “siapa gerangannya”

si gadis tu berkata “awak laa siapa lagi”

aku mengaru kepala yang tak gatal “kenapa pulak saya ada ciri-ciri tersebut”

si gadis tu berkata “sebab awak pakai baju melayu”

aku cakap “pak long pun pakai baju melayu”

nak tahu jawapannya …

si gadis tu berkata “sebab awak pakai baju melayu dengan kain samping berselendang”

aku pun ketawa dengan menunjuk gigi macam ni 😀

bukan apa masa tu kain aku terlucut, malas nak ikat balik. jadi aku buat kain selendang aje. lepas tu penyelia aku pun lalu dan berkata “ada ciri-ciri lelaki melayu terakhir”.

anda rasa macam mana? ada tak ciri-ciri tu pada diri saya???