kenapa PM tak dengar rintihan rakyat malaysia

berikut adalah 11 hadiah dari PM

  1. Diskaun tol -> Pengguna Smart Tag dan Touch n’ Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, dapat diskaun 20 peratus.
  2. Rumah rakyat -> 44,000 rumah rakyat untuk dijual kepada penyewa di Wilayah Persekutuan.
  3. Lesen penjaja -> Peniaga kecil di Wilayah Persekutuan diberi potongan 50 peratus untuk perbaharui lesen.
  4. Permit teksi -> 3,000 lagi permit teksi untuk individu ditambah dalam masa tiga bulan akan datang.
  5. Cegah jenayah -> Langkah drastik bagi kurangkan jenayah dan rasuah diumumkan penghujung bulan ini.
  6. Daftar kelahiran -> Permohonan di Sabah dan Sarawak dipermudahkan. Baki permohonan akan diselesaikan sedikit masa lagi.
  7. Jalan luar bandar -> Pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak ditambah dalam tempoh RMK-10.
  8. Bekalan air dan elektrik -> Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah Dan Sarawak. Perincian diumumkan akhir bulan ini.
  9. Latihan motosikal -> Kadar bayaran latihan tunggang motosikal 250cc ke bawah dikurangkan kepada RM211 mulai 1 September.
  10. Tambah peruntukan -> Peruntukan Tekun Nasional ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda India.
  11. Unit amanah -> Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz 10 bilion unit akan diperkenalkan.

aku ada baca beberapa blog pasal hadiah PM kepada rakyat jelata. 11 hadiah tu, entah laa ikutkan rakyat malaysia idamkan lebih dari tu laa PM terutama diskaun tol walaupun tanpa guna touch n go.

ko orang rasa apa patut PM tambah lagi kat sini??? rasanya PM kita ni kedekut kot nak bagi lebih-lebih. macam nak raih undi aje hehehe. bagi aku hadiah no 1 tu kena ubahsuai sikit laa, sepatutnya diskaun 20% untuk semua kadar tol tak kira tunai atau kad.

percayalah cakap aku, kejap lagi hadian tu akan berubah bentuk yang amat berlainan yang kita faham, mungkin otak PM dengan otak kita lain-lain kot. entah laa susah nak cakap dan nak faham. tapi yang aku hairan PM dan TPM sempat singgah pulak kat istimak tabligh malaysia kat kaurters KLIA. ikutkan memang aku nak pergi tapi duit tak cukup daa. kalau tak kemungkinan aku jumpa hamka juga rakan-rakan seperjuangan aku. dah lama tak jumpa dia orang.

nasihat aku sabar aje laa. teruskan usaha hingga berjaya. eh apalah aku mengarut ni hehehe