ko ni memilih sangat laa amin

bukan memilih namun nak cari bakal isteri ni bukan sesuatu yang mudah. aku lebih suka cari yang paling serasi dengan aku. paling tidak kehadiran dia dalam hidup aku membuat aku bersemangat untuk hadapi liku-liku kehidupan.

ada orang suka melihat badan perempuan tersebut, ada yang lihat pada muka, ada yang lihat pada akhlak. bagi aku lebih suka ambil tahu siapa ibu bapa dia sebelum memikat di pujaan hati. jadi aku mengambil jangka masa sikit sebelum meluahkan hasrat di hati ni.

ada kalanya pandangan pertama tu aku dapat buat keputusan yang di dia tu adalah orang yang dicari-cari selama ni. tu lah pasal sampai sekarang aku masih tak memikat lagi tuan puteri sebab tiada cinta pandang pertama antara aku dan tuan puteri.

tapi buat masa sekarang rasanya macam dah jumpa cinta pandang pertama namun kena tunggu raya ni nak datang beraya di rumah di dia. tak pasti laa sama ada dia ada balik raya ker tak. jangan rumah dia sebelah rumah tuan puteri sudah hehehe 😀

bukan apa sepanjang perkenalan aku dan si dia, terasa kemesraan terjalin. dari banyak-banyak orang, dia sorang aje panggil aku abang amin. abang adalah merupakan panggilan mesra bagi aku. pada kebiasaanya hanya orang tertentu aje yang boleh panggil aku abang. biasanya aku tak mengalakkan perempuan yang aku baru kenal panggil aku abang. susah nanti aku jatuh hati pada si dia yang panggil aku abang.

perkahwinan bukan dilihat hanya sekadar seks sahaja, malah lebih dari tu. ia bertujuan menghasilkan baka-baka yang baik bagi memimpin negara ni ke arah kegemilangan. agar wawasan 2020 tercapai akhirnya dimana 1 Malaysia dapat dihayati bersama.

wawawa berfalsafah pulak ko yer. bukan apa takut bos aku yang kat johor tu baca. jadi terpaksalah memilih ayat yang gempak-gempak sikit laa. yang berapi-api huhuhu.

apa pun perjalanan yang jauh bermula dari langkah pertama. namun ku masih belum mulai langkah tersebut. tunggu raya nanti laa yer