tambah bilik kehendak atau keperluan

aku mencadangkan pada mak aku nak buat pondok kecil untuk tempatkan barang-barang komputer serta tempat aku mengajar orang tentang programming.

entah macam mana mak aku lebih suka buat bilik yang saiznya sebesar dapor aku. alasannya senang nak kejut aku hehehe 😀

aku pernah tanya juga pakdi tentang hal ni, cuma ada soalan dari pakdi yang sukar aku jawap iaitu “buat bilik tu kehendak atau keperluan”. bagi aku semacam ada maksud tersirat iaitu “nak jadikan bilik sebagai aset atau laibiliti”

maksud aset kat sini adalah jadikan bilik tu sebagai benda yang boleh mendatangkan duit. buat masa sekarang aku dah naiktaraf kad perniagaan aku dengan menambah iklan. ingat nak edar semasa buat pungutan harga pengguna nanti.

tapi aku jawap pada mak aku, kalau nak buat tempat latihan atau tempat baiki komputer, mungkin aku akan pertimbangkan nak pinjam lagi tapi kesannya aku akan bagi mak aku kurang 600 ringgit sebulan laa.

dah suruh mak cari orang sebut harga tapi takde orang yang bagi secara terperinci. pak sedara aku pun hanya bagi harga 15000 untuk bahan binaan aje. dalaman tak kira lagi.

aku masih lagi bertanya-tanya orang. aku anggarkan kalau kos bawah 10000 mungkin aku akan keluarkan sikit asb dan tabung haji tapi tu dah kurangkan aset aku pulak yang dapat secara tahunan.

rasanya kena main balik games cashfliow 101 lagi laa untuk dapat lebih kefahaman lagi

namun jika ada peluang …