Prestige Dairy Farm, scam atau tidak

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

ok, masalah sekarang macam mana na pastikan syarikat di atas scam ker tak. jadi apa pun aku akan rujuk panduan dari sini – http://www.pakdi.my/blog/apa-pelaburan-pilihan-anda/

katakan idea perternakan lembu susu ni satu yang baharu. anda hanya berani nak tubuhkan sendirian berhad. kalau nak kumpul modal tanpa perlu pinjam kat bank, anda hanya perlu cari orang seramai 50 sahaja yang mana dia orang sanggup beli seekor lembu untuk anda. aku cakap 50 orang sebab dalam syarikat sdb bhd hanya boleh terima syer seramai 50 orang sahaja.

tapi setakat 50 ekor aje mana cukup nak buat kilang susu setuju nak terima. jadi pilihan lain terpaksa anda juga cara multilevel markerting. katakan seekor lembu susu berharga 30,000. kalau kilang susu letak sekurang-kurang 10,000 lembu baru dia orang nak proses, yang mana seekor lembu paling kurang 10 liter sehari, agak-agaknya berapa ribu diperlukan nak membeli lembu tu???

kalau dateline dibahagi sebulan sahaja, macam mana nak cari orang supaya masuk mlm lembu susu ni???. kalau nak order lembu susu ni dari NZ ikut kapal terbang, paling maksima oleh angkut 300 ekor. kalau 10,000 ekor, berapa kali kena angkut pakai kapal terbang?

tapi kan tu tak apa lagi. aku sanggup melabur walaupun tengok kos dia agak mahal, susu lembu beb boleh buat macam-macam. serupa juga macam kes dalam cerita pakdi ni

Usahawan B pula adalah usahawan teknologi. Dia menyahut cabaran Multimedia Super Corridor (MSC) Dia sedang membangunkan satu teknologi baru dalam pemprosesan microchip. Microchip ini menggunakan teknologi nano dalam semiconductor device yang membolehkan microchip nya diletakkan dalam widget-widget yang kecil dan terus mengekalkan prestasi berkuasa tinggi yang setanding dengan microchip yang dikeluarkan oleh syarikat luar. Dalam tempoh 1 tahun, microchip ini dijangka akan menarik perhatian multinational electronic manufacturer kerana kemampuan teknologi yang paling pantas dan terbaru. Dia juga memerlukan sejumlah wang dari para pelabur untuk membuka kilang microchip nya sendiri.

tapi kalau dah mintak sain MoU kat situ juga tanpa ada peguam yang kita kenal yang dia tu peguam, aku pun sangsi juga. patutnya dibagi masa bertenang. ni kan projek jangka panjang. ko bagi potongan ker, insuran atas lembu ker, percutian ker aku apa peduli.

yang penting aku kena study macam mana nak cari duit untuk melabur. dah ler aku ada plan nak beli printer 4 dalam 1. dekat 300 ringgit. aku memang bercadang nak melabur dalam dunia komputer ni. dah beli laptop satu. setakat nak pinjam duit kat bank, lepas tu bagi kat ko, sorry laa. kalau aku nak melabur, aku akan bayar setiap bulan. ko berani terima cadangan aku? kalau aku tak bayar, ko boleh naik mahkamah apa? apa macam berani ker?

namun jika ada peluang ….