pinjamlah pada perbankan islam atau BBA

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

pagi tadi aku dan kawan-kawan pergi sarapan di surau jalan jonid. lepas tu seorang isteri dan suaminya pun datang. jadi ada seorang tu pun bercerita yang dia dah beli rumah kat pagoh sebab dekat dengan kawasan Muhyiddin Yassin. dia ambil pinjaman rumah dari cimb tapi islamik laa. pinjam selama 30 tahun dan bayaran tetap sebulan RM 200 lebih termasuk takaful.

jadi si suami ni pun mencelah, ditanya kena blr tak? orang tu kata ini pinjaman rumah islamik laa. kadar tetap selama 30 tahun. takdenya blr. si suami kata kalau macam tu murahnya.

aku masih berfikir ada juga orang masih kaitan BBA ni dengan riba dan blr. rasanya dah banyak blog, artikel dan surat khabar, majalah, tv, radio bercerita tentang BBA ni tapi masih orang tak faham juga

jadi aku bagilah link supaya ko orang mudah faham

jualan tunai lagi murah dari tangguh

bank islam guna kadar blr

Mahal & Murah Antara Bank Islam & Konvensional :  Satu Perbandingan Yang Silap

jadi dalam artikel ini Ust Zaharuddin ada tulis

fakta dan statistik tidak menunjukkan orang bukan Islam merasa Bank Islam zalim, malah merekalah pelanggan terbesar bank islam kerana ramai mereka yang bijak mengira.

Orang Islamlah yang terbanyak mengatakan bank Islam zalim dan kejam mereka kebanyakkan mereka lemah matematik dan tidak memahami cara kiraan.

dan komen ustaz pulak

Kepada Hafiz Jauzi

Berkenaan harga lebih banyak dari 50 % , ia tidak zalim selagi mana ia adalah harga pasaran. Bukti dari hadis banyak, cari dalam web ini. antaranya

Jawapan saya, tidak sama sekali, selagi ia diterima oleh harga pasaran. Buktinya adalah dari hadith Nabi SAW :-

?? ????? -??? ???? ???? ????- ????? ??????? ????? ?? ?? ???? ?????? ?? ?? ?????? ???? ??????? ??????? ???? ?????? ???? ???? ?? ??????? ?? ????? ???? ?? ????? ?????? ???? ???

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW memberi ‘Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia dating bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung” ( Riwayat Al-Bukhari, no 3642 )

Hadith ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar, bermakna 1/2 dinar seekor, dan kemudian menjualnya degan harga 100% keuntungan iaitu 1 dinar seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh nabi malah dipuji dan didoakannya.

jadi apa kata anda???

tu pasal masa temuduga sambilan nak masuk perangkaan, kena matematik kredit. kalau tak kredit, maknanya jangan harap nak lepas. tapi sedikit sebanyak dapat membantu memahami macam mana nak kira akaun. kalau tak jadi macam banci eks pulak.

kata orang, ko tak lulus juga periksa jabatan, soalan matematik pulak tu. macam mana pulak tu. tu pasal tulisan aku daa. orang tak faham. kalau objektif, senang aje. ialah tu, mesti tak study ni

tapi kalau ko orang perasan, pinjaman islamik mesti ada term takaful/insuran. kalau pinjaman bukan islamik, takde pulak aku dengar istilah insuran, blr adalah. rasanya apa kebaikan ada insuran/takaful kalau nak buat pinjaman.

satu aje, kalau masa akan datang ditakdirkan kita ada masalah nak bayar pinjaman peribadi ker, rumah ker, kereta ker. jadi insuran/takaful niu akan bayarkan untuk kita. bukan ker untung macam tu tapi tertakluk pada terma dan syarat. pendek kata laa, kalau 10,000 orang pinjam dan bayar insuran/takaful, kalau sorang ada masalah jadi duit insuran/takaful dari 9999 orang ni akan bayarkan pinjaman yang dibuat oleh sorang tu tadi. jadi nak tanya ada tak pinjaman bukan islamik ada buat macam ni???

namun jika ada peluang …

bersambung ….