Kuiz Matematik dalam bulan rejab, syaban dan ramadan

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

Dipetik dari http://keretamayat.blogspot.com/2008_04_01_archive.html

1)Apabila seorang hamba Allah mengucapkan satu zikir, maka akan tumbuh satu pohon yang besar dalam shurga di mana kuda yang paling pantas akan mengambil masa setahun untuk melintas bayang-bayang pokok tersebut, maka berapakah diameter sebenar pokok tersebut?,
Dan seandainya selepas solat kita ucapkan sebanyak 33 kali zikir, berapakah luas yang di perlukan untuk tempatkan pokok-pokok tersebut?.

2) Dalam kubur akan di lepaskan ular yang besar dan panjangnya sebulan perjalanan untuk azab manusia yang tidak bersolat, sekiranya di ambil perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30 tahun, berapakah panjang sebenar ular tersebut?

3)Diketahui akan betapa bisanya siksa dari serangga di akhirat yang mana sekiranya satu titik bisa tumpah ke bumi, maka semua tumbuh-tumbuhan akan mati, berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan tumbuh-tumbuhan di dunia ini dan apabila di bandingkan dengan racun bisa tadi, berapakah nisbah ketumpatan perbandingan racun tersebut?.

4) Di katakan pada zaman Nabi Adam a.s, batu dari atas neraka telah jatuh dan bertemu
dasarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, berapakah kedalaman neraka yang sebenar?

Kata Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, maksudnya:
Kami bersama-sama Rasulullah Saw, maka kami mendengar suara yang sangat hebat lagi dahsyat.
Beliau bersabda: “Tahukah kamu sekalian suara apakah ini”.
Kami menjawab: “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui”.
Beliau bersabda: “Ini adalah suara batu yang dilontarkan ke dalam neraka Jahannam
sejak 70 tahun dan sekarang baru sampai ke dasarnya.

Sekiranya saiz batu itu adalah sebesar kepala manusia dan berjisim 3.56 kg, dan isipadunya di anggap tumpat, dan dengan mengaggap graviti neraka adalah sama dengan bumi iaitu 9.81 Newton, berapakah kedalaman neraka sekiranya 70 tahun masa yang di ambil untuk batu itu jatuh.

5) Panjang titian sirat adalah 1500 tahun perjalanan, 500 tahun mendaki, 500 tahun mendatar, dan 500 tahun menurun, sekiranya ummat bani Israel enggan masuk shurga dengan rahmat tapi ingin masuk shurga dengan amalannya, berapakali lallatul qadarkah yang diperlukan untuk melintas titian sirat ini.
(Hint: satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan.)

6) Solat berjemaah di gandakan 27 kali daripada solat di rumah, sekiranya pada tahun lompat ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya, berapakah pahala solat berjemaah Ali..(soalan bonus)

ikutkan aku dah post soalan ni kepada beberapa forum macam http://www.php.net.my, http://www.putera.com, http://www.ittutor.net, dan juga http://www.sifoo.com tapi tiada seorang pun yang sudi jawap soalan ni.

jadi demi ingin menjadi jawapannya walaupun menyedari angkanya mungkin lebih tinggi dari bajet 2009, juga kiraannya lagi kompleks dari kiraan indeks dalam bursa saham malaysia. namun ku pasti jumlahnya pasti dapat dikira sebab daku dapat menjawap soalan 4 dan 6. tapi baki soalan yang lain susah sikit sebab

1) tak tahu kuda paling pantas pecut berapa kilometer sejam??? tapi kuda paling baik adalah kuda arab

2)  perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30 tahun. jadi kena tahu berapa meter seseorang boleh jalan dalam satu minit???

3) berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan tumbuh-tumbuhan di dunia ini??? atau kadar liter nak matikan sepokok???

4) satu tahun akhirat sama dengan 1000 tahun dunia. batu tu jatuh ambil masa 70 tahun akhirat. jadi ikutkan boleh buat kiraan tu.

5) satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan. seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan.  Panjang titian sirat adalah 1500 tahun akhirat. kalau boleh buat soalan 4, soalan 5 adalah sangat senang

6) sekiranya pada tahun lompat ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya. jadi kena kira berapa kali jumaat dalam satu tahun masihi sebab hanya tahun masihi sahaja yang ada tahun lompat. jangan jupa dalam setahun ada 4 kali jumaat dalam bulan ramadan.

jadi demi mengalakan kanak-kanak malaysia  dan orang – orang malaysia terutama orang melayu menjawap soalan ni, maka dengan ini aku mengisytiharkan bahawa aku akan bagi DUIT RAYA bagi sesiapa yang boleh menjawap 6 soalan tersebut. satu soalan RM 50 sahaja. jadi semua sekali 6 X 50 = 300 ringgit

kalau boleh siap bagi jalan kerja. nanti aku akan semak dengan pakar matematik di universiti di malaysia. kalau betul baru aku akan bahagi. payah-payah tanya kat cikgu aku kat sekolah dato sri amar diraja.