Kenapa nak bayar pinjaman RM 200 sebulan?

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

akhirnya pinjaman bank rakyat aku sudah diluluskan
tapi aku terkejut, bukan apa, aku kena bayar RM 197 sebulan selama 10 tahun
pada hal, dalam promosi yang asal RM 200 sebulan selama 10 tahun

rupanya ada promosi baru di bank rakyat, pinjaman dilanjutkan ke 15 tahun
orang tanya aku, berapa ko nak pinjam?
aku jawap, kalau boleh nak bayar RM 200 sebulan
adakah ini menjawap soalan???
kenapa aku taknak cakap berapa nak pinjam tapi nak bayar RM 200 sebulan???

dalam amalan yang biasa aku buat, kalau aku nak pinjam duit
aku akan fikir dulu dari sumber mana aku nak gantikan
untuk bayar balik pinjaman?
kalau dah dapat kenal pasti sumber yang mana barulah aku meminjam
jika tidak dapat, maknanya aku tak akan meminjam

ikutkan aku bukannya terdesak sangat nak buat pinjaman,
tapi memikirkan yang ada selalu mintak duit kat aku
sehingga simpanan aku berkurangan
sampai nak beli laptop pun masih sekarang tertangguh

tapi macam rugi pinjam 15000,
kalau aku nak pinjam selama 15 tahun,
aku boleh pinjam 19000
nantilah dulu, tunggu 2-3 tahun nanti,
buat semula pinjaman

jadi aku dah berkira-kira,
jumlah yang aku mampu bayar ialah RM 200 sebulan
kalau lebih, aku terpaksa potong elaun mak aku laa
lagipun kena pertimbangkan pinjaman kereta dan rumah
di masa akan datang

jadi 15000 tu aku dapat bersih 14000,
8000 masuk asb
6000 tinggal,
1000 masuk simpanan tetap bank rakyat
tinggal 5000
2000 beli laptop.
tinggal 3000 aje

baki tu ingat nak melabur, sekarang ada 3 tempat
1) TM busniss partnet (2500)
2) unit trust public mutual (1000)
3) melabur dalam saham projek syarikat kawan aku (3000)

kalau aku masuk unit trust , tinggal 2000
jadi aku terpaksa pilih antara 2
TM atau saham projek
kalau pilih TM, aku akan jual produk TM
kalau pilih saham projek, aku dapat untung selepas 2 bulan
kalau terpaksa, aku kurangkan bahagian dalam asb laa hanya labur 6000 aje
jadi 4000 free, lebih dari cukup

aku masih memikirkan lagi ke mana nak agihkan duit tu???