kenapa aku caj RM 20 sejam

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

ada orang kata pada aku kenapa tak mintak tinggi lagi???
ko orang kena faham, aku duduk kat muar
kira kos yang nampak dan tak nampak
lepas tu fikir berapa kadar keuntungan yang patut aku kaut
kena pulak aku buat part time tu
baru pulak nak test market macam mana

jadi aku cajlah RM 20 seorang dalam satu jam.
kalau 5 jam, dapatlah RM 100.
lepas nak banyak bil streamyx dan tnb.
tu belum bagi komisen kat mak aku 50%
mak aku ni macam banker laa
simpan duit kalau ada banyak
lepas tu kalau ada kecemasan
mintak balik hehehe

jadi kalau setiap minggu pada bulan tu ada aje orang nak belajar
20×5×4=400 ringggit
dua orang = 800 ringgit
tiga orang = 1200 ringgit
empat orang = 1600 ringgit
lima orang = 2000 ringgit

lebih 5 orang, kena buka khemah kat laman rumah aku
mungkin masa tu kalau cukup duit nak beli projektor
tak pun sewa orang punya ker

aku baru nak start, jadi nak tengok kos yang terlibat
aku ambil kira apa yang nampak aje
yang tak nampak susah nak kira
tu mungkin kira kemudian

kat muar ada hotel murah iaitu hotel leewa
nak hotel mahal sikit hotel classic
kalau nak berkhemah kat rumah aku pun boleh
belakang rumah hutan rimba
binatang paling besar pun biawak

takde pun sewa rumah mak ngah aku, tapi masalah kalau
hujan, banjir rumah mak ngah aku tu