Belajar PHP dari kosong hingga pandai

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

ada kalanya aku terfikir berapa lama nak mahir belajar programming dari kosong hingga pandai. jadi apa topik yang perlu dikuasai sehingga kita dapat membuat sesuatu sistem yang baik diterima orang dan pensyarah (sama ada latihan atau final projek)

secara amnya ada beberapa topik yang perlu dikuasai

  1. kenalpasti kata kunci
  2. tahu macam mana nak isytihar nilai pencam dan nilai konstan
  3. tahu macam mana nak buat logik macam if else dan case
  4. tahu buat ulangan macam while, do, for , foreach
  5. tahu macam mana nak setkan tarikh dan masa
  6. tahu nak buka fail, panggil database,
  7. cari editor yang sesuai dengan programming

oleh kerana tu, mungkin orang ada tanya berapa lama masa yang perlu diambil untuk kuasai programming??? bagi aku, banyak mana latihan atas kertas dan latihan di depan komputer menaip programming yang sanggup ko orang buat laa.

rasanya kalau ko orang luangkan satu hari pun, ko orang dah dapat kuasainya walaupun ko baru kenal komputer tu apa. Usaha tangga kejayaan betul tak???

aku sebenarnya dah mula mengajar php pada tahun ni. kali pertama aku mengajar orang tentang php, rasanya dekat 5 jam. tak makan tengah hari aku. nasib baik buat kat rumah aku aje. tapi masa tu lebih nak design sistem kerana aku nak tahu juga flow sistem yang budak tu buat. kalau tak faham flow, payah nak buat sistem

rasanya kali kedua baru aku start mengajar php dari kosong hingga pandai. aku guna buku karangan mohd rais dari universiti tun hussin onn, ni adalah contoh bukunya – http://hujungjari.com/archives/20

sepanjang aku beli buku komputer terutama programming, Buku PHP dan Mysql terbitan Universiti Tun Hussein Onn antara buku yang paling senang nak faham walaupun pada orang yang tak tahu asas html.

tapi dekat 5 jam jugalah aku ajar orang. mungkin masalah kat sini, orang tu kena taip koding satu-satu. tu pasal ambil masa yang lama. lepas tu aku kerap kali promosi buku ni sehingga ada orang nak beli buku ni dengan harga RM 50. apa lagi aku pun jual, bukan apa masa tu aku takde duit nak pulang balik. bagi RM 50 sekeping

semasa bulan puasa, aku dapat mesej lagi ada budak final year nak belajar php. aku cakap lepas raya laa. aku pun order buku PHP dan Mysql terbitan Universiti Tun Hussein Onn dari rais lagi. order lepas naik raya. alih-alih dia kata hantar pada hari jumaat 10-Okt-2008. aku pulak nak mengajar pada hari sabtu 11-Okt-2008. kacau-kacau kalau macam tu

jadi pada malam sabtu, lepas solat Maghrib terus aku pergi gaint muar ke kedai buku sri tanjung. harap-harap dapat jumpa buku php yang lain ker. fuh, Allah makbulkan doa aku, aku beli sampai 2 buku.

jadi esok harinya aku ke kl naik bas, sampai masjid buhari kat jalan hang tuah naik lrt star ke titiwangsa, jalan kaki ke perpustakaan negara malaysia. rasanya sampai dalam pukul 11. dari aku pun mengajar budak final year dari pukul 11 pagi hingga 6.15 petang. ooooo, lama tu, dekat 7 jam tu, tapi ada rehat pukul 3 petang

jadi sepanjang pengamatan aku, mahu tak mahu memang kena beli satu buku rujukan programming. aku syor beli buku dalam bahasa melayu sebab dia

  • murah
  • keluaran tempatan
  • ditulis oleh orang yang pengalaman
  • ada cd free (harap-harap laa hehehe :D )
  • sesuai dibaca orang pelajar final year
  • boleh faham dalam satu hari sahaja ( tengok tebal buku laa)

jadi pada mereka yanng nak belajar php, boleh lawati website saya di http://www.amin007.org/melayu/?link=kursus%20php

murah aje cajnya. tapi kalau ada sesiapa ambil pakej satu hari, saya tetapkan jumlah bayaran adalah RM 100 dan anda bakal mendapat satu buku free dari saya. kalau nak caj satu jam RM 20 aje, dapat nasihat free laa dari saya hehehe

tapi kalau anda dah bekerja, saya caj RM 40. tapi saya lebih suka anda cari kursus belajar php beramai-ramai. biarlah syarikat/jabatan anda bayar. kurang-kurang dapat sijil. saya mengajar personal aje.

setakat ni belum ada offer mengajar beramai-ramai. saya mungkin akan pertimbangkan kalau berbaloi dengan kos saya mengajar. mati tu nak bagi buku free pada 20-30 orang hehehe